Monday, July 21, 2008

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi Muhammad SAW, "hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH muliakn kamu dengan seribu kemuliaan di hari akhirat. bulan Rejab bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku".

antara kelebihan2nya:
- kelebihan bulan Rejab drpd segala bulan seperti kelebihan al-Quran atas segala qalam
- berPUASA pd AWAL, PERTENGAHAN dan AKHIR bulan seperti berpuasa sebulan
- org yang tidak mampu b'puasa hendaklah BERSEDEKAH setiap hari sekurang2nya SEKEPING ROTI
- berpuasa stp hari an bersedekah pahalanya sama seperti beribadat seribu hajid dan umrah. dibina mahlnigai seribu bilik dan seribu bidadari yg seribu kali lbh cantik drpd matahari
- bersedekah seperti seribu dinar, dituliskan pdnya tiap sehelai bulu roma jasadnya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat, dan dhapuskan 1000 kejahatan daripadanya
- bersedekah, dijahkan ALLAH drpd api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab iaitu bulan ALLAH
- barangsiapa meminta ampun (b'ISTIGHFAR) kpd ALLAH PAGI n PETANG 70x atau 100x, maka diharamkan tubuhnya drpd api neraka
- ALLAH jadikan di belakang bukit jabal Qar bumi, yang putih penuh dgn Malaikat dgn panji2 berhimpun pd setiap malam Rejab meminta ampun untuk umat Nabi Muhammad SAW. ALLAH berkata, " Telah Aku ampunkan mereka!"
- sesiapa yg berpuasa selama sebulan di bulan Rejab, ALLAH berseru kpdnya, "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kpdKu. demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. engkau adalah jiranKu di bwh arasyKu, engkau kekasihKU drpd segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. sukakanlah kamu, tiada dinding antaramu dan Aku". (dari kitab Raudhatul Ifkar)
- berpuasa pd bulan Rejab spt berpuasa 60 bulan pahalanya. jika dsertai dgn sedekahspt puasa 1000 tahun. sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan org mukmin pd bulan Rejab akan dkurniakan ALLAH kpdnya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus. sesiapa berpuasa 3 ari dan beribadat pd malamnya (berjaga), spt berpuasa 3000 tahun. diampunkan bgnya 70 dosa2 stp ari, dtunaikan 70 hajatnya ktk keluar nyawanya drpd jasad, 70 hajtnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (sewaktu al-quran dinaikkan dan melalui Titian Siratl Mustaqim).

jadi, sama2 lah kite banyokkan amalan di bulang Rejab ni...jgan jadikan kelebihan diatas sbg sebab tapi, kerana kiter ingin dekat kpadaNYER...betulkan niat mmula....kelebihan yang diberikan hnya sbg pendorong untuk kiter menambah amalan kiter.... semoga kiter sume diberkatiNYA...insyAllah...BARAKALLAHU FIKUM

Thursday, June 12, 2008

titisan dakwat NILAI bermula

bismillah,
assalamualaikum buat semua.
Alhamdulillah,terciptalah sudah satu lagi medan informasi buat pelajar-pelajar Terengganu yang menuntut di bumi ilmu dan budi ini.Sebagai pendahuluan,ana ingin berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang berada di PJ yang telah bertungkus-lumus dalam pembinaan blog ini.

Ops,ku rasakan penggunaan 'bertungkus-lumus' tidak sesuai untuk ayat di atas,mungkin begini ayatnya,ana ingin berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang berada di PJ yang telah berpeluh-peluh dalam pembinaan blog ini.
baru sesuai..

Keduanya,terima kasih kerana memberi peluang kepada budok-budok nilai yang amat bernilai ini untuk meng'update' blog gate ini.Peluang yang diberi ini INSYAALLAH akan digunakan semanfaat mungkin oleh kami semua.Harapnya agar blog ini terus-menerus menerima isi-isi ilmiah kerana NAbi kita bersabda mafhumnya,

'siapa yang inginkan dunia,adalah ke atasnya ilmu,siapa yang inginkan akhirat,adalah keatasnya dengan ilmu,siapa yang inginkan kedua-duanya,ke atasnya ilmu.'

Akhir pena tulisanku,marilah kita semarakkan perjuangan kita agar visi dan misinya tercapai.
assalamualaikum,

GATE di sisi,ISLAM di hati.

mr.nilai,
unit perhubungan GATE nilai.

Sunday, June 8, 2008

lembaran baru PJ

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah...
Kalimah yang pertama terpacul dari mulut sejurus blog ini disiapkan tanggal 8 JUN 2008.Letih memerah otak untuk mengembalikan segala ilmu pengetahuan berkenaan blog ni terlerai serta merta apabila melihat hasil kerja yang terbentang di monitor laptop ni.Walaupun tidak sehebat blog orang lain yang sedia maklum hebat,namun blog ni boleh lah dikategorikan sebagai 'nyaris-nyaris' nak hebat.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk dijadikan sebagai pusat informasi dan ilmu pengetahuan bagi GATE di alam maya ini dengan diisi dengan tazkirah,motivasi dan sebagainya.Segala pengumuman dan penceritaan aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan GATE laksanakan akan turut dimuatkan di dalam blog ni.Semoga anak2 tranung tidak terlepas untuk menyertai semua aktiviti-aktiviti GATE.

Akhir sekali,untuk pengetahuan semua,blog ini akan diuruskan secara kerjasama antara UNIT PERHUBUNGAN GATE PJ dan NILAI.Dengan kerjasama ini mudah-mudahan blog ini kekal aktif dan bukan seakadar melepaskan batuk di tangga di samping mengeratkan hubungan antara 2 buah unit yang sama tapi berlainan tempat operasi.

Wassalam.

"MAHASISWA CEMERLANG,TERENGGANU TERBILANG"

mr.PJ,
unit perhubungan GATE PJ.