Thursday, June 12, 2008

titisan dakwat NILAI bermula

bismillah,
assalamualaikum buat semua.
Alhamdulillah,terciptalah sudah satu lagi medan informasi buat pelajar-pelajar Terengganu yang menuntut di bumi ilmu dan budi ini.Sebagai pendahuluan,ana ingin berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang berada di PJ yang telah bertungkus-lumus dalam pembinaan blog ini.

Ops,ku rasakan penggunaan 'bertungkus-lumus' tidak sesuai untuk ayat di atas,mungkin begini ayatnya,ana ingin berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang berada di PJ yang telah berpeluh-peluh dalam pembinaan blog ini.
baru sesuai..

Keduanya,terima kasih kerana memberi peluang kepada budok-budok nilai yang amat bernilai ini untuk meng'update' blog gate ini.Peluang yang diberi ini INSYAALLAH akan digunakan semanfaat mungkin oleh kami semua.Harapnya agar blog ini terus-menerus menerima isi-isi ilmiah kerana NAbi kita bersabda mafhumnya,

'siapa yang inginkan dunia,adalah ke atasnya ilmu,siapa yang inginkan akhirat,adalah keatasnya dengan ilmu,siapa yang inginkan kedua-duanya,ke atasnya ilmu.'

Akhir pena tulisanku,marilah kita semarakkan perjuangan kita agar visi dan misinya tercapai.
assalamualaikum,

GATE di sisi,ISLAM di hati.

mr.nilai,
unit perhubungan GATE nilai.

Sunday, June 8, 2008

lembaran baru PJ

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah...
Kalimah yang pertama terpacul dari mulut sejurus blog ini disiapkan tanggal 8 JUN 2008.Letih memerah otak untuk mengembalikan segala ilmu pengetahuan berkenaan blog ni terlerai serta merta apabila melihat hasil kerja yang terbentang di monitor laptop ni.Walaupun tidak sehebat blog orang lain yang sedia maklum hebat,namun blog ni boleh lah dikategorikan sebagai 'nyaris-nyaris' nak hebat.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk dijadikan sebagai pusat informasi dan ilmu pengetahuan bagi GATE di alam maya ini dengan diisi dengan tazkirah,motivasi dan sebagainya.Segala pengumuman dan penceritaan aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan GATE laksanakan akan turut dimuatkan di dalam blog ni.Semoga anak2 tranung tidak terlepas untuk menyertai semua aktiviti-aktiviti GATE.

Akhir sekali,untuk pengetahuan semua,blog ini akan diuruskan secara kerjasama antara UNIT PERHUBUNGAN GATE PJ dan NILAI.Dengan kerjasama ini mudah-mudahan blog ini kekal aktif dan bukan seakadar melepaskan batuk di tangga di samping mengeratkan hubungan antara 2 buah unit yang sama tapi berlainan tempat operasi.

Wassalam.

"MAHASISWA CEMERLANG,TERENGGANU TERBILANG"

mr.PJ,
unit perhubungan GATE PJ.