Hatiku mula berbicara,
Setelah iman makin luntur dalam diri,
Jiwaku mula meronta,
Kerna diri ini...
Dahagakan 'amal yang istiqomah,
Merindukan jiwa sufi Rabiatul Adawiyah,
Jiwa sekental Zainab al-Ghazali,
Tinggi budi bagaikan Fatimah Puteri Nabi,
Luhur akhlak seperti Khadijah suri di hati Nabi
Ya Allah,
Saat diriku alpa,
Leka dibuai asyik duniawi,
Kurniakan maghfirahMu Ya rabbi,
Maka tulisan ini untuk muhasabah diri,
Moga diri terus thabat di atas jalan ISLAM-MU
Bismillahirrahmanirrahim....
Apa khabar iman? masih sihat atau sakit? hakikatnya, hanya diri sendiri sahaja mampu menilai dan menjawabnya. Jika ingin diluahkan pada orang lain, tentu sahaja kita tidak dapat menjawabnya seikhlas hati, ingin menjaga imej dan maruah diri katakan.. INILAH KITA,MANUSIA..selalu mahukan yang terbaik di pandangan manusia hingga sering melupakan pandangan pencipta manusia, ALLAH S.W.T..
Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati kita yang hakiki,
kalau hati itu bersih.
Teringat satu artikel dalam majalah solusi tentang pandangan manusia ini,tentang laut. Cuba pandang laut. Pandangan mata akan melihat laut itu amat cantik dengan kebiruan airnya, luas saujana mata memandang. Bagi pandangan akal, mereka akan fikir bahawa laut ini dalam,pasti sesiapa yang lemas berisiko tinggi untuk mati samada tenggelam tak timbul-timbul atau 'excessive dehydration' akibat tertelan air laut masin. Manakala bagi nelayan yang memandangnya dengan pandangan nafsu, mungkin apa yang terdetik dlm fikiran mereka :" Banyak rezeki aku hari ni kalau dapat tangkap ikan dan boleh jual semua hasil tangkapan ini. Boleh guna duit ni untuk beli lauk lebih untuk makan malam ni, ayam ke, takpun sayur- sayur segar"..namun, bagi PANDANGAN HATI YANG BERSIH, ia akan melihat laut ini sebagai tanda kekuasaan, keesaan ALLAH. Bagaimana laut boleh menjadi sumber rezeki manusia dan boleh jadi sumber bencana kepada manusia melalui tsunami. Maha Suci Allah yang berkuasa atas segala-galanya. Memandang laut dapat mencambahkan buah keimanan dalam diri, menyemai jiwa tawadhu' dalam hati. Firman Allah dalam surah Ar-Rahman: maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi ini merupakan tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal (ulul albab) iaitu orang yang sentiasa mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring.
satu lagi tulisan ini saya cuba olah sesuai dengan realiti kita hari ini. Cuba kita lihat LAPTOP...
pandangan mata akan melihat laptop itu berbentuk rectangle, boleh dilipat, ada webcam,bila on laptop, LED akan menyala. Itu merupakan pandangan mata.
Bagi pandangan akal, mereka akan berkata: " Alangkah hebat dan canggihnya laptop ini. Seluruh maklumat berada di hujung jari. Inilah kecanggihan sains teknologi. Sistem interpretation komputer ini tak sama seperti sistem interpretation manusia. Komputer ni tiada nerves n senses macam kita, tapi komputer hanya dapat 'recognize' digital electronic signal, dalam bahasa mudah kite panggil binary system. hmm, hebatnya pandangan akal ni. x pun, mereka fikir, mesti programmer Microsoft Word dan Facebook ni pakar IT hingga program mereka ni terkenal seluruh dunia.
Pandangan nafsu pula memandang: "Bestnya ada laptop ni, dapat tengok cerita korea, facebook, main game,hmmm ape lagi ye??? tak de la bosan hidup ni, especially kalau time cuti sem, dapat manfaatkan laptop ni sebaiknya sebagai pengubat bosan...
Namun bagi pandangan hati yang bersih, ia akan melihat laptop ini sebagai tanda hebatnya ciptaan MAHA PENCIPTA yang telah mencipta laptop ini. mereka akan berfikir bagaimana cara untuk menggunakan laptop ini agar dapat menambah saham kita untuk akhirat dan memberi manfaat pada kita untuk dunia akhirat sekaligus.. Mereka akan manfaatkan laptop ini untuk membuat assignment bukan men'copy' assignment kawan. mereka gunakan laptop ini untuk : membaca blog ilmiah, tahu isu semasa, especially yang berkaitan dengan isu umat ISLAM, menggunakan blog sebagai medium dakwah, rapatkan silaturrahim dan tambah kenalan melalui facebook, dengar lagu nasyid yang menghidupkan jiwa, dan banyak lagi benda bermanfaat yang dapat kita lakukan dengan laptop.
Jadi, kita hendaklah melihat semua yang berlaku di sekeliling kita dengan pandangan hati, namun hanya hati yang bersih dapat melihat dan menerima segala qada' qadarnya dengan baik. sebagaimana firman Allah dalam surah Yusof ayat 53: Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya).Justeru, Allah mengilhamkan pada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya."
Segala yang baik itu dari Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri. Wallahua'lam..