Wednesday, August 18, 2010

ENAM PERTANYAAN IMAM AL-GHAZALI

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Sunday, July 25, 2010

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Tuesday, June 22, 2010

Pandangan hati



Hatiku mula berbicara,
Setelah iman makin luntur dalam diri,
Jiwaku mula meronta,
Kerna diri ini...
Dahagakan 'amal yang istiqomah,
Merindukan jiwa sufi Rabiatul Adawiyah,
Jiwa sekental Zainab al-Ghazali,
Tinggi budi bagaikan Fatimah Puteri Nabi,
Luhur akhlak seperti Khadijah suri di hati Nabi

Ya Allah,
Saat diriku alpa,
Leka dibuai asyik duniawi,
Kurniakan maghfirahMu Ya rabbi,
Maka tulisan ini untuk muhasabah diri,
Moga diri terus thabat di atas jalan ISLAM-MU

Bismillahi
rrahmanirrahim....
Apa khabar iman? masih sihat atau sakit? hakikatnya, hanya diri sendiri sahaja mampu menilai dan menjawabnya. Jika ingin diluahkan pada orang lain, tentu sahaja kita tidak dapat menjawabnya seikhlas hati, ingin menjaga imej dan maruah diri katakan.. INILAH KITA,MANUSIA..selalu mahukan yang terbaik di pandangan manusia hingga sering melupakan pandangan pencipta manusia, ALLAH S.W.T..

Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati kita yang hakiki,
kalau hati itu bersih.

Teringat satu artikel dalam majalah solusi tentang pandangan manusia ini,tentang laut. Cuba pandang laut. Pandangan mata akan melihat laut itu amat cantik dengan kebiruan airnya, luas saujana mata memandang. Bagi pandangan akal, mereka akan fikir bahawa laut ini dalam,pasti sesiapa yang lemas
berisiko tinggi untuk mati samada tenggelam tak timbul-timbul atau 'excessive dehydration' akibat tertelan air laut masin. Manakala bagi nelayan yang memandangnya dengan pandangan nafsu, mungkin apa yang terdetik dlm fikiran mereka :" Banyak rezeki aku hari ni kalau dapat tangkap ikan dan boleh jual semua hasil tangkapan ini. Boleh guna duit ni untuk beli lauk lebih untuk makan malam ni, ayam ke, takpun sayur- sayur segar"..namun, bagi PANDANGAN HATI YANG BERSIH, ia akan melihat laut ini sebagai tanda kekuasaan, keesaan ALLAH. Bagaimana laut boleh menjadi sumber rezeki manusia dan boleh jadi sumber bencana kepada manusia melalui tsunami. Maha Suci Allah yang berkuasa atas segala-galanya. Memandang laut dapat mencambahkan buah keimanan dalam diri, menyemai jiwa tawadhu' dalam hati. Firman Allah dalam surah Ar-Rahman: maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi ini merupakan tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal (ulul albab) iaitu orang yang sentiasa mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring.

satu lagi tulisan ini saya cuba olah sesuai dengan realiti kita hari ini. Cuba kita lihat LAPTOP...

pandangan mata akan melihat laptop itu berbentuk rectangle, boleh dilipat, ada webcam,bila on laptop, LED akan menyala. Itu merupakan pandangan mata.

Bagi pandangan akal, mereka akan berkata: " Alangkah hebat dan canggihnya laptop ini. Seluruh maklumat berada di hujung jari. Inilah kecanggihan sains teknologi. Sistem interpretation komputer ini tak sama seperti sistem interpretation manusia. Komputer ni tiada nerves n senses macam kita, tapi komputer hanya dapat 'recognize' digital electronic signal, dalam bahasa mudah kite panggil binary system. hmm, hebatnya
pandangan akal ni. x pun, mereka fikir, mesti programmer Microsoft Word dan Facebook ni pakar IT hingga program mereka ni terkenal seluruh dunia.

Pandangan nafsu pula memandang: "Bestnya ada laptop ni, dapat tengok cerita korea, facebook, main game,hmmm ape lagi ye??? tak de la bosan hidup ni, especially kalau time cuti sem, dapat manfaatkan laptop ni sebaiknya sebagai pengubat bosan...

Namun bagi pandangan hati yang bersih, ia akan melihat laptop ini sebagai tanda hebatnya ciptaan MAHA PENCIPTA yang telah mencipta laptop ini. mereka akan berfikir bagaimana cara untuk menggunakan laptop ini agar dapat menambah saham kita untuk akhirat dan memberi manfaat pada kita untuk d
unia akhirat sekaligus.. Mereka akan manfaatkan laptop ini untuk membuat assignment bukan men'copy' assignment kawan. mereka gunakan laptop ini untuk : membaca blog ilmiah, tahu isu semasa, especially yang berkaitan dengan isu umat ISLAM, menggunakan blog sebagai medium dakwah, rapatkan silaturrahim dan tambah kenalan melalui facebook, dengar lagu nasyid yang menghidupkan jiwa, dan banyak lagi benda bermanfaat yang dapat kita lakukan dengan laptop.

Jadi, kita hendaklah melihat semua yang berlaku di sekeliling kita dengan pandangan hati, namun hanya hati yang bersih dapat melihat dan menerima segala qada' qadarnya dengan baik. sebagaimana firman Allah dalam surah Yusof ayat 53: Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya).Justeru, Allah
mengilhamkan pada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya."

Segala yang baik itu dari Allah dan segala yang buruk itu dari kele
mahan diri sendiri. Wallahua'lam..


Monday, June 21, 2010

Aku tahu tapi aku mahu...



Bismillahirrahmanirrahim...

sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.( jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat) .


kita tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kita hidup untuk selamanya

kita tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih lupakan alam akhirat

kita tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan

kita tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng

kita tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja kita lewatkannya

kita tahu ajal tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga

kita tahu berat amanah kita sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang

kita tahu aurat itu aib diri,
tapi masih x pandai menjaga diri

kita tahu cinta itu fitrah,
tapi kita jadikannya fitnah

kita tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi kita seolah x endahkannya

kita tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kita lakukan maksiat secara sembunyi

kita tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi kita sering berputus asa

kita tahu kita ini hambaNYA
tapi masih hanyut dengan dunia

kita tahu azabnya api neraka,
tapi masih kita lakukan maksiat padaNYA

kita tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi x berusaha untuk medapatkannya
....................

Ya Allah, banyaknya benda yang telah kita tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. Kenapa kita jadi begini? Kita tahu KITA INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi kita seolah- olah menjadi hamba dunia.

Satu tamsilan untuk sama2 kita renungi diri kita: 'kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik???' .. Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: 'Kalau pointer,pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama,kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga?? '..Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqomah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi....Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT,X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu...TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia??? Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there's a will, there's a way...

Alangkah hebatnya sahabat2 nabi dahulu dan Rasulullah sendiri. Pernah Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah: Rehatkanlah kami dengan solat. Di sini, saya ingin berkongsi satu artikel yang pernah terbaca dalam mastika keluaran lama, seorang wartawan membuat liputan tentang kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan. Pada hari itu, beliau menghadiri majlis tahnik bayi. kerna bilangan bayi yang ramai, TG terasa letih berdiri lantaran usianya yang sudah lanjut. Jadi, beliau memohon ruang untuk berehat sekejap. apa yang dimaksudkan rehat itu? TG mengambil wudhu' dan mengerjakan solat sunat. Itulah rehat yang dimaksudkan oleh TG. Masya Allah, hebatnya keperibadian seorang ulama'. Kalau kita sendiri, mesti rehat yang kita maksudkan ialah dengan cara relax dan baring di atas katil, bawah kipas, tapi tidak bagi seseorang yang benar- benar meletakkan cintanya pada ALLAH.. Allahummaghfirlana...

banyaknya benda yang kami tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat padaMU. ampuni kami, pimpinlah kami ke jalan yang benar.

Wahai Tuhan kami tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula kami sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosa kami terimalah taubat kami
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..


Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.

Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi?




Saturday, May 8, 2010

Bas uia-kt 9 Mei



Assalamualaikum..
ni nk kabo skit, esok bus akn bertolak pd

jam: 9.30 malam
tempat: tepi padang bola cfsiium

Bus akn menurunkan penumpang di daerah Kemaman (depan supermarket),
Dungun (kat depan stesen bus lame kat jalan besar), Marang n KT tempat biasa la....

*sila datang awal ye..lambat2 bus tinggal!duit burn la..huhu

Sunday, May 2, 2010

TERHAD!!!

SALAM...

Xbeli tiket bas ke uia lagi?
Gate ada sediakan bas dr kt ke uia(RM42)
&
potongan harga tiket ditawarkan khas utk:
bdk Dungun(RM36)
bdk Kemaman(RM32)

Bayaran boleh dibuat mse nk naik bas nanti..
Utk maklumat lanjut hubungi Junaidi(0145347024)
dan Ilyana(0145347021)...
tempat adalah terhad!!


Friday, April 30, 2010

TOLONG INGATKAN SAYA???

Assalamualaikum sahabat-sahabatku...
Nak mintak tolong sikit boleh dop?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan Tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlah dan bacalah al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Tika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah kerananya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-gala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya....



Tuesday, April 20, 2010

Akan Datang!


Mari la same2 kite buat amal kebaikan...
Sumbangkan RM1, dapat ganjaran lumayan...
InsyaAllah...

Saturday, April 17, 2010

JUALAN TIKET BAS KEMBALI LAGI!!!


Tempat naik bas KT-UIA : Bukit Besar, depan mahkamah, dekat Mydin Mall...
Maklumat lanjut atau sebarang perubahan akan diberitahu kemudian...

Sunday, April 11, 2010

GATE ~ MUSIM BARU

Assalamu 'alaikum...
Nilah risalah pertame keluaran GATE batch baru...
Bace jangan x bace pulok...
Ade saloh kabo slalu...
Sekian...