Tuesday, November 10, 2009

Persiapkan Diri Anda dengan??





Assalamualikum.
Alhamdulillah hirabbi 'alamin.. Syukur kehadrat kebesaran Ilahi yang membenarkan kita sebagai hambaNya hidup diatas muka bumi yang penuh dengan nikmat. Selawat salam keatas Rasulullah S.A.W yang telah membimbing kita kejalan yang betul yakni Islam.

"Berangkatlah kamu dalam keadaan berat atau ringan dan berjihadlah dijalan Nya dengan harta dan nyawa kamu" Firman Allah dalm AlQuranul Karim. Apa pengertian di sebalik ayat ni? Allah menyuruh hambaNya bersiap sedia tak kira dalam keadaan senang dan susah. berat dan senang ini bermaksud keadaan kita sekarang ni. Apa pula makna berangkatlah? Disini ada beberapa kemungkinan, iaitu bersiap sedia dalam menghadapi musuh Islam yakni berjihad di jalan Allah mengikut konteks ayat ini. Ayat ini ditujukan pada zaman Nabi, bertepatan dengan apa yang nabi perjuangkan.

Di dalam waqi'(situasi) kita pada hari ini, bergelar seorang mahasiswa, kita juga dituntut berjihad iaitu berjihad dengan ilmu. Said Hawwa ada mengatakan dalam buku beliau, marhalah(peringkat) jihad ada 5 antaranya berjihad untuk diri sendiri (melawan nafsu), perkataan(nasihat), ilmu, harta dan politik. Oleh itu, wajar bagi kita bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu kerana ianya merupakan salah satu jalan untuk mengetahui rahsia alam yang penuh dengan misteri dan persoalan. Bagi pelajar medic, mereka boleh mengetahui rahsia kejadian manusia. untuk pelajar engin pula, teori Hukum Newton tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini kerana telah bercanggah dengan hukum alam yang telah Allah cipta.

Muadz bin Jabal ada berkata "tuntutlah ilmu kerana mempelajarinya fardhu, membahasnya jihad, dan ia adalah teman diwaktu kau dalam kesunyian." MasyaAllah, betapa pentingnya ilmu kepada setiap muslim.

Seterusnya, kita sebagai umat Islam akhir zaman telah menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian. Hidup kita penuh dengan ideologi barat yang berusaha untuk merobohkan pegangan umat islam dengan Allah S.W.T. Disini saya ingin mengambil beberapa pendekatan untuk renungan kita semua. Perlu bagi seseorang muslim menjauhkan dirinya dari segala sistem yang bercanggah dengan Islam. Oleh itu, berdasarkan ayat AlQuran yang disebut diatas, "berjihadlah dijalanNya dengan harta dan nyawa kamu.". Setelah jatuhnya khilafah Uthmaniyyah, umat Islam diseru untuk menegakkan kembali khilafah tersebut, sebagaimana yang telah ditegakkan oleh Muhammad S.A.W. Dengan kejatuhan khilafah ini, dunia menjadi rosak dengan sistem2 yang sungguh bahaya dan mampu untuk memesongkan aqidah umat Islam. Penting disini, kita sebagai mahasiswa, berdakwah sesama kita dan mewujudkan bi'ah solehah supaya semua pelajar dapat merasai kemanisan Islam.

Seperti yang kita pelajari dalam PSI masa sekolah menengah dulu, Islam sebagai Ad-Deen yang mana Islam merupakan cara hidup yang lengkap didalam setiap sudut aqidah, ibadah, akhlak, ekonomi, sosial, ilmu, politik,jihad, dakwah, muamalat dan lain2 lagi. Persoalannya, kenapa kita memilih selain dari Islam atau sebahagian dari Islam dan sebahagian yang lain kita tinggalkan? Islam adalah syumuliyyah atau menyeluruh. Lebih baik kita pilih yang telah ditetapkan oleh Allah supaya kita mendapat manfaat dan dijauhkan azab neraka Jahanam. Jangan jadi orang fasik dan munafik, dimana tempat mereka adalah neraka Jahanam dengan membenarkan sesetengah ayat2 Allah dan mengkufurkan sesetengah yang lain..

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada diri saya juga sahabat se'GATE' supaya sama2 mengambil iktibar dengan beberapa ayat yang datang dari hati hamba yang hina ini. Wallahualam..

No comments: