Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua ahli2 Gate yang dikasihi sekalian.
Apa khabar semua? Moga2 kita semua sentiasa berada dalam nikmat Iman dan Islam, InsyaAllah..
Di sini ada sedikit perkongsian, sebagai persediaan sebelum Ramadhan..
- Selesaikan apa yang belum sempurna seperti mengganti puasa yang masih tertunggak, menyelesaikan hutang dengan manusia dan memohon maaf sesama mereka.
- Membuat ulangkaji berkenaan puasa seperti pengertian sebenar puasa, perkara yang dilarang semasa berpuasa, hikmah puasa dsb.
- Mengajak orang lain bersedia sebelum bertemu ramadan seperti berpuasa sunat dan berbuka bersama-sama.
- Mengisi masa lapang dengan perkara2 yang berfaedah sebagai persediaan bertemu bulan Ramadan. Seperti kata2 Imam Hanbal apabila ditanya bila waktunya kita berehat, beliau menjawab, "ketika kita di syurga".
- Banyakkan berdoa dan teruskan berdoa agar dipertemukan dengan Ramadan.
- Membuat perancangan yang teliti untuk mencapai matlamat tertentu sepanjang Ramadan. Bahan2 bantuan seperti Checklist Amalan sepanjang Ramadan dan Checklist do and don't Ramadan boleh membantu.
Ya Allah..kami menanti Ramadan penuh sabar dan debar. Alhamdulillah, Ramadan makin hampir. Takdirkanlah kami mampu melalui sebulan penuh Ramadan dengan kualiti dan kuantiti ibadah yang optimum.
No comments:
Post a Comment