Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Riwayat Ibnu Majah
Huraian
i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.
ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:
a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.
Wednesday, July 27, 2011
Kisah Nabi ibrahim dan Anak nye....
Pada suatu hari, nabi Ibrahim as datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya Ismail. Ketika baginda tiba, nabi Ismail tiada di rumah sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu nabi Ibrahim. Tanpa berlengah baginda bertanya kepada perempuan itu tentang nabi Ismail. Perempuan itu memberitahu bahawa nabi Ismail keluar memburu. Apabila disoal tentang suasana kehidupan mereka maka perempuan itu menjawab : " Kami hidup susah dan kesempitan". Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?". Jawab perempuan tadi :" Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman".
Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh perempuan itu maka nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu. Sebelum bertolak pulang maka nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan tadi yang juga merupakan menantunya : " Sampaikan salamku kepada suamimu dan pesanlah kepadanya agar menukar bingkai pintu rumahnya".
Sebaik sahaja nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya :" Adakah ada seseorang datang menziarahimu?". Jawab isterinya :" Ya! ada iaitu seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu. Aku telah menerangkan segala apa yang berlaku kepadanya". Baginda bertanya lagi :" Adakah dia meninggalkan sebarang pesanan kepadamu?". Jawab isterinya : "Ya! dia telah berkirim salam kepadamu dan meminta aku memberitahumu agar engkau menukar bingkai pintu rumahmu". Mendengar jawapan daripada isterinya lantas nabi Ismail menjelaskan kepadanya :" Itulah dia bapaku dan dia telah memerintahkan aku supaya berpisah denganmu dan pulanglah kepada keluargamu semula". Nabi Ismail terus menceraikan isterinya dan mengahwini perempuan yang lain.
Setelah berlalu beberapa lama masa maka nabi Ibrahim datang semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya Ismail. Kali ini sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu yang mana nabi Ismail tiada di rumah. Baginda mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik. Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru : " Adakah kamu mempunyai tetamu?". Jawab perempuan itu :" Ya! iaitu engkau". Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua lalu perempuan itu menjawab :" Kami berada dalam keadaan baik dan bahagia". Sambil itu dia memuji-muji Allah. Sebelum pulang nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan itu : " Apabila suamimu pulang maka sampaikan salamku kepadanya dan beritahunya supaya terus kekalkan bingkai pintu rumahnya". Kemudian nabi Ibrahim berlalu pergi.
Setelah nabi Ismail tiba di rumahnya maka isterinya telah menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberithu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan salam dan pesanan daripada lelaki tua itu kepada nabi Ismail. Mendengar penjelasan yang diberikan oleh isterinya lalu nabi Ismail dengan gembira memberitahu :" Dia merupakan bapaku dan dia berpesan agar menjagamu dan jangan menceraikanmu". Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua ahli2 Gate yang dikasihi sekalian.
Apa khabar semua? Moga2 kita semua sentiasa berada dalam nikmat Iman dan Islam, InsyaAllah..
Di sini ada sedikit perkongsian, sebagai persediaan sebelum Ramadhan..
Selesaikan apa yang belum sempurna seperti mengganti puasa yang masih tertunggak, menyelesaikan hutang dengan manusia dan memohon maaf sesama mereka.
Membuat ulangkaji berkenaan puasa seperti pengertian sebenar puasa, perkara yang dilarang semasa berpuasa, hikmah puasa dsb.
Mengajak orang lain bersedia sebelum bertemu ramadan seperti berpuasa sunat dan berbuka bersama-sama.
Mengisi masa lapang dengan perkara2 yang berfaedah sebagai persediaan bertemu bulan Ramadan. Seperti kata2 Imam Hanbal apabila ditanya bila waktunya kita berehat, beliau menjawab, "ketika kita di syurga".
Banyakkan berdoa dan teruskan berdoa agar dipertemukan dengan Ramadan.
Membuat perancangan yang teliti untuk mencapai matlamat tertentu sepanjang Ramadan. Bahan2 bantuan seperti Checklist Amalan sepanjang Ramadan dan Checklist do and don't Ramadan boleh membantu.
Ya Allah..kami menanti Ramadan penuh sabar dan debar. Alhamdulillah, Ramadan makin hampir. Takdirkanlah kami mampu melalui sebulan penuh Ramadan dengan kualiti dan kuantiti ibadah yang optimum.
Salam Maulidurrasul. Moga hari yang penuh barakah ini lebih baik dari hari2 sebelumnya. Sama2 kita manfaatkan 12 Rabi'ul Awal ini untuk mengingati pengorbanan dan pahit getir perjuangan Nabi Muhammad agar kita hari ini dapat hidup dalam nikmat iman dan islam.
............................ MULUT KATA CINTA, HAKIKATNYA BAGAIMANA? ..........................
1) Bilakah berlaku peristiwa pembelahan dada Nabi?
2) Siapakah musyrikin mekah yg meletakkan najis unta sewaktu Nabi sdg sujud?
3) Bani Hashim dan Bani Muttalib dipulau selama berapa tahun?
4) Siapakah yang menemani Nabi sewaktu Baginda berdakwah ke Taif?
5) Apakah peristiwa yang menyebabkan Nabi membaca doa Qunut Nazilah?
6) Siapakah muslimah yg pertahankan Nabi dlm Perang Uhud?
7) Apakah 3 cadangan musyrikin Mekah untuk menghalang Nabi berdakwah sewaktu peristiwa Dar an Nadwah?
8) Mengapa berlakunya Perang Badar?
9) Bilakah berlaku Fathul Mekah (pembukaan kota mekah)
10) Sebutkan 3 sahabat nabi yg memegang panji Islam sewaktu Perang Mu'tah?
11) Berapakah umur Nabi sewaktu Baginda wafat?
Agak2 berapa soalan yang dapat kita jawab tentang sirah hidup Nabi ini? Ramai di kalangan kita yang dapat straight A's dalam SPM, dapat skor CGPA, tapi cetek pengetahuan tentang sirah hidup Baginda. Salah satu tanda hati mati drp Ibrahim Adham: "Kamu mengaku cintakan Rasulullah, tapi kamu abaikan sunnah baginda & tak tahu sirah hidupnya".. Realiti mahasiswa kini: ramai yg sibuk menonton cerita movie/ drama/ novel jiwang, tapi CERITA KISAH HIDUP NABI sendiri kita tak pernah khatam. Siapakah idola kita sebenarnya? Pasti semua jawab Nabi Muhammad. Tapi benarkah?Jika cinta itu ada, pasti banyak yg kita tahu tentang dirinya kerana TAK KENAL, MAKA TAK CINTA. Mengucapkan dengan mulut “Aku sayang Allah, Aku cinta Rasulullah” memang mudah, TETAPI ADAKAH RASA CINTA INI MENDAPAT PERHATIAN DARI ALLAH DAN RASULULLAH? Allah dan Rasulullah tidak berhajat kepada cinta kita, tetapi kitalah yang sangat berharap untuk memperoleh kecintaan daripada Allah dan Nabiyullah. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.
Oleh sebab itu, janganlah kita lupa untuk sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah dan selawat pada Baginda. Sesungguhnya, Allah berfirman kepada Baginda yang mulia: "Sesiapa yang berselawat ke atasmu (Nabi Muhammad) dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10x selawat". Memetik pesanan dari Syeikh Usamah As Sayyid Al Azhari tentang bagaimana untuk jadikan nabi Muhammad sentiasa di depan mata kita:
sentiasa membaca kalam Rasulullah (hadis Baginda) dan sirah hidup baginda sebagai rutin harian
sentiasa bersihkan hati agar apa yang dibaca tentang Rasulullah memberi kesan di hati
penuhi hati dengan rasa hormat dan cinta terhadap Rasulullah
hilangkan hijab yang ada dalam hati iaitu kibr (sombong) hingga kita serahkan diri kita pada Allah dengan taqwa yang sebenarnya (lakukan ketaatan dan tinggalkan maksiat).
Sesungguhnya, salafus soleh dahulu sentiasa berdoa: " Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, ampuni nafas-nafasku yang tak rindu padaMu dan pada kekasihMu di masa lalu". Demikian keadaan mereka yang sentiasa memastikan setiap saat kehidupan diisi untuk mengingati Allah dan kekasihNya Rasulullah s.a.w seperti mana pesanan oleh Habib Ali al Jufri:
Matamu ini hidupkannya dgn kehidupan Baginda, jangan engkau memandang pada perkara yg haram,
Telingamu ini hidupkannya dgn kehidupan Rasulullah, jangan engkau mendengar sesuatu perkara dosa,
Lidahmu ini hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah, jangan engkau berbicara melainkan ia dapat menyebabkan engkau mengingati Allah dan RasulNya,
Wahai hamba Allah yang banyak berdosa,
Hidupkan kehidupanmu dgn membaca kalam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn sunnah Rasulullah,
Hidupkan kehidupanmu dgn hukum hakam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn zikir dan ibadah pada Allah,
nescaya hidupmu kekal dlm rahmat Allah sentiasa,
sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya di alam barzakh,
kemudian di hari akhirat bersama Nabi Muhammad,
kemudian di syurga firdausi yg tertinggi.....................................................
12 Rabi'ul Awal: TARIKH KELAHIRAN BAGINDA dan TARIKH KEWAFATAN BAGINDA. Ambillah peluang kesempatan dalam bulan mulia ini untuk buktikan cinta kita pada baginda Nabi Muhammad. Lazimi untuk sentiasa mengingati Baginda s.a.w. Biarlah rasa cinta itu sentiasa subur dengan baja ketaatan Allah dan jangan biarkan ia rosak dengan kemaksiatan yang kita lakukan.
3 cara cinta Nabi:
1) banyakkan selawat.
2) dalami sirah hidup baginda.
3) jadikan nabi sebagai qudwah hasanah.
Lagu ini amat terkesan di hati. Hayati liriknya, sungguh dalam sekali maksudnya. AKU RINDU PADAMU RASULULLAH
"YA ALLAH, HIDUPKAN KAMI DENGANMENCINTAI ORANG YANG MENCINTAIMU"
Salam maulidurrasul 1432H...
Friday, February 11, 2011
10 FEB 2011 (6 rabiulawal 1432)
8.00mlm:
MAJLIS TALAQI SEMPENA MAULIDURRASUL dari Us Muhadir. Marhaban Ya Habibi Rasulullah. Sedikit ilmu yang dapat dikongsi daripada majlis semalam:
banyakkan berselawat dan mohon segala hajat dalam bulan mulia ini.
dari Hasan al Basri: "Wahai manusia yang punyai hati dan sanubari, tidakkah kamu punyai rasa cinta pada Rasulullah sebagaimana pohon kurma yang begitu kasih pada Rasulullah hingga ia menangis apabila Rasulullah tidak menggunakannya lagi sewaktu berkhutbah. Pohon tamar yang tidak berakal itu begitu kasih pada Nabi, tapi bagaimana kasih kita pada baginda??"
Sufian Ath Thauri, seorang waliyullah bertanyakan sebab kepada seorang lelaki yang sentiasa berselawat pada setiap langkahan kakinya. Jawab pemuda itu: "Jika bukan kerana hormatku padamu sebagiai waliyullah, nescaya aku takkan buka cerita ini: Suatu hari, sedang aku dalam musafir bersama ayahku, ayahku meninggal dunia dalam keadaan mukanya menjadi hitam lantaran dosa yang dilakukan sewaktu hidupnya di dunia dulu. Aku yang sedang kesedihan dan keletihan terlelap sebentar. Sewaktu tidur, aku bermimpi bahawa seorang lelaki yang sangat tampan datang kepada ayahku dan menyapu wajah ayahku dengan tangannya sehingga jasad ayahku menjadi putih kembali, bahkan lebih bagus daripada bentuknya semula dan berseri-seri dengan cahaya. Lalu aku bertanya: Siapakah kamu wahai pemuda? Maka, lelaki itu menjawab, “Aku adalah Rasulullah. Ayahmu termasuk di antara orang yang suka berselawat padaku. Maka aku akan memberi syafaat pada orang yang sentiasa berselawat padaku. Demi Allah, selepas itu masaku tidak akan berlalu begitu sahaja melainkan dengan berselawat pada kekasih Allah"
Jika Rasulullah hidup dalam hati, nescaya kita takkan cemarkan hati ini dengan perkara maksiat. Jika Nabi itu hidup dalam hati, nescaya masa kita takkan berlalu melainkan dengan mengingati Allah. Sesungguhnya, mata kita sering terbuka, tapi hati kita selalu sahaja tidur. Bagaimana agaknya hati kita kalau mata sedang tidur? Allahurabbi..
Pesanan Ust. Muhadir:
- banyakkan selawat pada Nabi dalam bulan Rabiul Awal
-berdoalah pada Allah moga dikurniakan kehalusan jiwa untuk mencinta Allah, Rasulullah, ahli bait dan para sahabat.
Usia tahun ini sudah mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun. Usia remaja setahun jagung ini menandakan tempoh permulaan buat semua pejuang-pejuang agama bagi mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak dipijak dan dihina oleh Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah tahap yang amat mencabar, di mana di sinilah permulaannya, iman kita akan dibentuk dengan akidah dan akhlak digauli dengan ramuan ibadah beserta bi'ah yang solehah.
Wahai remaja , Bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai.Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil menggoda bergaya!
Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertarafhamba yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan pahala dan perhatian Tuhan.Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.
Syaitan dan nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri-puteri islam yang manis dan mengurat putera-putera Islam yang segak. Syaitan dan nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan mereka menyelimuti kita supaya tidak bangun menunaikan solat Subuh berjemaah apatah lagi bangun bertahajud di hamparan sejadah Qiamulail. Syaitan dan nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah dibunyikan di dalamnya rancak nada dering telefon bimbit, umpatan-umpatan serta perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan masa dan membuang erti kata sebenar iktikaf .
Wahai remaja , kita mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia. Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?
Adakah 'buaya-friend' dan 'gila-friend' wajib menjadi sesuatu yang dominan dalam kehidupan setiap yang bergelar remaja ? Bagaimana dengan status remaja Islam ? Sememangnya wajib memilikinya seorang satu atau maksimun 4 atau bersilih ganti ? atau status mencari pengalaman di alam remaja ? Jawapannya sudah tentu sekali TIDAK !
Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat hendak berkenalan dengan lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun bercium-ciuman pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak , semuanya BOLEH !
Bukan begitu wahai remaja,
Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura ?
Masanya sudah tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja Islam, kita berjuang sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga fitnah Dajjal dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang dibelenggu musuh nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran, hingga dapat menjadi penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Janji Allah itu pasti !
Bukannya kita perlu mencari publisiti murahan. Dengan mengacau dan mengorat makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja perasaan indah gelora Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi wariskan. Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus menghasut ; diri masih belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun sebenarnya diri MALAS melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng kepada ibadat dan amalan yang dilakukan. Bukan dengan meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang dipelihara kesucian zaman-berzaman.Acuh tidak acuh mentaati Tuhan ?
Wahai remaja, Kita seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak ramai. Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat. Ayuh celiklah, sedarlah dan bangunlah memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa bercerai dengan badan.
Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu. Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !
Wahai remaja,
Ini bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan najis buangan.
Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia !
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh yangnyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? " Yaasin : 60-62
sumber: www.iluvislam.com.
Sunday, December 5, 2010
Allah knows what best for us,
so why should we complain,
we always want the sunshine,
But He knows there must be rain, we always want laughter, and the merriment of cheer, but our heart will loses,
their tenderness, If we never shed a tear. Allah test us often, with suffering and with sorrow.
He test us not to punish us, but to help us meet tomorrow.
For growing trees are strengthened,
if they can withstand the storm, and the sharpness of the chisel, gave the marble its grace and form, Allah test us often and for every pain
He gives us, provided we are patient, Is followed by rich gain. So whenever we feel that everything is going wrong, It is just Allah's way, to make our spirit strong...
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
-DOA UNTUK IBU BAPA-Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah Ibu.... ampunkanlah dosa-dosa anakmu...